Friday, September 4, 2009

Pemeliharaan Diri Dan Agama

Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata, "Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda, "Hai anak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa kalimat (iaitu):

a. Peliharalah (perintah) Allah maka Allah akan memelihara dirimu, peliharalah (larangan)
Allah maka engkau akan dapati Allah selalu di hadapanmu.
b. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu tolong,
mintalahpertolongan kepada Allah.
c. Ketahuilah kalau sekiranya umat manusia sepakat hendak memberi suatu
niscaya mereka tidak akan memberikan melainkan suatu manfaat
yang telah ditetapkan Allah untukmu.
d. Dan jika mereka sepakat hendak mencelakakan dirimu maka niscaya mereka tidak akan
akan dapat membahayakan dirimu melainkan dengan suatu yang telah ditetapkan
Allah menimpamu. Diangkatlah pena dan lembaran-lembaran kertas menjadi kering".

Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi dan ia berkata "Hadis ini Hasan Sahih".

Riwayat ini sangat menarik dan banyak dapat dipelajari. Nabi s.a.w. telah menasihati Ibnu Abbas r.a. pada usia muda dan masih kecil lagi. Nasihat yang pendek dan padat ini memberikan pengarahan dengan pengarahan yang mengkagumkan di mana ia memberi suatu batas hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t.
Apabila seseorang itu dapat memelihara perintah-perintahNya dan ajaran-ajaranNya dengan jalan melaksanakan apa saja yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang,
maka Allah s.w.t. akan memelihara dirinya, hartanya dan apa saja yang berhubungan denganya baik dalam urusan keduniaan dan akhirat sehingga ia akan merasakan kenikmatan dalam setiap menghadapi situasi yang tidak menyenangkan.
Dia akan merasa kelembutan dalam mengatasi segala penderitaan dan merasa mendapat pertolongan dalam menghadapi segala kesulitan. Di sini wujudlah 'muraqabah' (merasa sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t.) dalam setiap amal dan ihwal sehingga tidak meminta kepada sesiapa pun selain kepadaNya dalam perkara-perkara yang di luar batas kemampuan manusiawi; adapun dalam perkara-perkara yang memang dimiliki (dikuasai) oleh manusia maka boleh minta pertolongan kepada sesama manusia dengan tetap menghadapi hati (jiwa)kepadaNya dengan berkeyakinan bahawa pada hakikatnya tidak ada pertolongan (dari manapun datangnya) tanpa memperoleh kemudahan dan rahmat serta izinNya.
Bahagian lainnya, hadis ini membawa peringatan bahawa apabila Allah s.w.t. berkehendak menolong seseorang, maka tidak ada kekuatan apapun yang boleh mengganggunya walau ibarat penduduk bumi bahkan seluruh alam ini bersepakat hendak menghalangnya.
Sebaliknya kalau Allah s.w.t. tidak menghendaki memberikan suatu pertolongan kepada hambaNya maka tidak akan ada manfaatnya segala upaya manusia untuk membantunya sehingga tidak ada yang terjadi melainkan apa yang sesuai dengan suratan takdirNya.
Namun demikian manusia tidak dibenarkan bersikap malas atau 'tak kuasa' sehingga berbuat sesukanya dengan beralasan ajaran takdir, sebab pada hakikatnya manusia tidak mengetahui suratan takdir yang bagaimanakah yang telah ditulis Allah s.w.t. untuk dirinya, di mana pada saat yang sama ia tetap berkewajipan melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya Allah bagiNya tidak ada sesuatu pun dibumi ini tersembunyi, dan tidak juga di langit". (Ali Imran : 5)
Dalam pengamatan yang lebih mendalam lagi, hadis ini menyuruh umat manusia agar sentiasa usahakan 'muraqabah' baik di dalam keadaan senang walaupun susah, dalam kesulitan maupun dalam kemudahan, kerana ramai manusia lupa (kepada Allah) dalam keadaan senang sehingga tidak beramal, maka ia tidak memperoleh pertolonganNya di kala dalam situasi susah, sedangkan kesusahan yang paling mengerikan adalah menghadapi kematian (sedang jiwa berada jauh dari hidayahNya) dan di kala menghadapi perhitungan amal (di hari akhirat).
Ringkasnya, manusia mestilah redha atas qadak dan qadarNya serta sabar dalam menghadapi musibah yang menimpanya setelah ikhtiar mencari jalan keluarnya menurut kadar kemampuan manusiawi, sebab pada hakikatnya apa yang mesti jadi tak dapat dielakkan dan apa yang memang tidak ditakdirkan terjadi, tidak akan terjadi, tidak akan mengenainya, apapun usaha yang dilancarkan. Ketahuilah, sabar membawa kemenagan, kebahagiaan dan kemudahan dan mudahan agar kami sentiasa mendapat taufik & hidayah serta dihimpun dibawah inayahNya.

Saturday, August 29, 2009

Assalamualaikun . . . shahrul Ramadhan
shahrul azhim . . . shahrul mubarak